Buat pertama kali penulis ingin berkongsi rasa di alam maya tentang kemelut yang melanda penulis ketika ini..kemelut semangat yang mudah naik dan mudah turun..adapun semangat yang mudah naik sangatlah dialu-alukan tetapi semangat yang mudah turun ianya amat melelahkan untuk memanggil kembali semangat yang telah hilang..
Mengapa ianya terjadi? Selalu penulis merenung kembali atau dalam kata lain muhasabah diri ianya adalah umpama bingkisan rasa yang bercelaru seperti arus panas dan arus sejuk yang bertembung dalam diri untuk mencari jati diri yang sebenarnya...Semangat yang menurun selalunya terjadi apabila badan berada dalam keletihan yang melampau dan ketika inilah bisikan-bisikan syaitan cuba mengambil kesempatan untuk mempengaruhi anak-anak Adam agar hanyut dengan dunia yang tanpa kawalan ketika itu..
Seringkali bermain di minda penulis bagaimanakah mengatasi situasi ini di kala diri sendiri seolah-olah tidak mampu mengawal diri sendiri.Inilah yang berlaku kepada penulis apabila telah mengalami sendiri fenomema semangat yang menurun.Ketika minda mencari-mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini teringat akan penulis kepada seorang sahabat yang selalu mendambakan tazkirah daripada penulis dan luahan masalahnya benar-benar mengingatkan penulis akan situasi yang pernah penulis sendiri alami.Tazkirah antara salah satu jalan penyelesaian kepada masalah ini.
Kenapa penulis mengatakan tazkirah? Tatkala diri sendiri berada dalam keadaan tidak stabil untuk berfikir dengan baik..tazkirah yang berbentuk nasihat dalam mengembalikan matlamat asal kita dihidupkan di muka bumi Allah ini yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk diuji akan dapat membantu seseorang yang berada dalam keadaan semangat yang menurun bangkit untuk memotivasikan diri dengan zikrullah.Situasi ini juga ada kaitan yang rapat dengan sokongan moral yang menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang manusia. Sokongan moral daripada orang-orang yang memahami diri seseorang itu lazimnya mampu memotivasikan diri seseorang untuk bangkit untuk terus memperjuangkan kehidupan kerana kehidupan itu adalah sebuah perjuangan di jalan Allah.
Untuk itu janganlah kita mensia-siakan kesempatan kita untuk memotivasikan orang-orang yang kita sayangi ketika kita melihat mereka dalam keadaan yang memerlukan kita dalam menguatkan jati diri untuk meneruskan perjuangan hidup ini dengan membisikkan kata-kata zikrullah kepada mereka.Selalunya usaha ini akan diiringi dengan kata-kata terima kasih..pernahkah kita terfikir kenapa mereka melafazkan kata-kata terima kasih? Bagi insan-insan yang pernah mengalami fenomena ini lazimnya mereka akan memahami mengapa situasi ini berlaku..ianya umpama tiupan semangat sesejuk air dari pergunungan yang mampu membasahkan kegersangan jiwa..terlalu sukar untuk penulis menggambarkan perasaan yang dialami tatkala tazkirah itu meresapi relung-relung hati sehinggakan dirasakan tidak mencukupi dengan hanya ucapan terima kasih untuk diberikan kepada pemberi tazkirah..SubhanAllah..begitu indah penciptaan Allah kepada hamba-hambaNya..
Pada sudut lain, si pemberi tazkirah pula yang terasa hairan dan bingung kenapa dia perlu menerima ucapan terima kasih kerana dia tidak merasakan perlu adanya ucapan terima kasih..bagi si pemberi tazkirah dia tidak membuat apa-apa pun untuk membantu sahabatnya..sesungguhnya si pemberi tazkirah ini mungkin berada dalam situasi yang seikhlas mungkin untuk membantu sahabatnya sehingga dia terlupa perhatian dan tazkirah yang dipinjamkan Allah kepadanya telah mampu mengubat semangat sahabatnya..
Kesimpulannya,penulis cuba untuk membuka minda pembaca-pembaca bahawa membantu seseorang yang bermasalah itu bukanlah dengan hanya memfokuskan kepada jalan penyelesaian kepada masalahnya sahaja tetapi ada ruang dan sisi yang mungkin kita terlepas pandang bahawa yang kita mampu membantunya dengan membangkitkan semangat seseorang untuk memperjuangkan kehidupannya melalui tazkirah.Seungguhnya daripada pemerhatian penulis, salah satu agenda yang terpenting dalam penyelesaian masalah ialah semangat..tanpa semangat walaupun ada jalan penyelesaian lazimnya yang bakal ditemui ialah jalan buntu kerana orang lain tidak dapat membantu seseorang itu pada lazimnya jika seseorang itu tidak membangunkan dirinya sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah walaupun jalan penyelesaian itu terbentang luas di depan mata..atau dalam erti kata lain, sekuat mana orang-orang yang ingin membantu tetapi jika insan yang hendak dibantu tetap tidak mahu mebangunkan semangatnya ianya umapama mencurahkan air ke daun keladi..
Allahu a'lam
Mandi Janabah (Siri 6)
-
*Bab Mandi Janabah*
Maka untuk menjelaskan perkara ini marilah kita merujuk hadits-hadits
tentang cara-cara yang dilaksanakan oleh Nabi saw apabila mandi j...
13 years ago